Antara salah satu kenangan manis yang tidak dapat dilupakan ialah keenakan aiskrim Makkah yang sangat diminati para jemaah ketika menunaikan umrah atau haji.

Aiskrim ini bukan sahaja lazat, bahkan harganya berpatutan selain ia mudah didapati. Terdapat banyak gerai-gerai aiskrim dijual disepanjang jalan menuju ke Masjidil Haram.

Kebanyakan perisanya terdiri daripada buah-buahan tropika seperti Strawberi, Jambu Merah, Vanilla, Coklat dan Mangga.
Tak kira peringkat umur, aiskrim Makkah menjadi seakan benda yang wajib dirasa apabila jemaah berada di sana saban hari. Ajaibnya, memang tak jemu.

Subhanallah, tiada satu pun yang tak indah di Tanah Haram. Semuanya indah belaka.

[templatera id=506]
Back To Top
Perlukan bantuan? Hubungi pakar perunding