Kenali Felda Travel Sdn Bhd

Felda Travel Sdn Bhd adalah ejen pelancongan korporat terkemuka di Malaysia dan mempunyai pengalaman lebih dari 35 tahun dalam perniagaan perkhidmatan yang canggih dan bijak bagi para pelancong perniagaan. Ia mula beroperasi pada tahun 1983, sejak permulaannya yang sederhana, ia telah berkembang menjadi sebuah agensi pelancongan terkemuka yang terakreditasi sepenuhnya di bawah IATA dan Persatuan Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia.

fgv Felda Travel

FELDA TRAVEL - SATU JENAMA SYARIKAT YANG BERPRESTIJ DAN DIYAKINI

Salah satu subsidari kepada FGV Holding Berhad

Salah satu organisasi berasaskan pertanian yang terbesar di dunia. Kelapa Sawit penyumbang utama.

Pembekal perkhidmatan pengurusan perjalanan

Perjalanan masuk dan keluar (Exhibition Handling & Events) dan Pakej Umrah / Haji.

Penerima pelbagai anugerah dan pengikhtirafan

Top Ten Abacus Malaysia, Top Ten for Malaysia Airlines dan Top Five Bumitra Travel Agents.

Komitmen tertinggi kami beri untuk pelangan

Perkhidmatan perjalanan dan khidmat pelangan yang bermutu tinggi dan diyakini nilainya.

FOKUS UTAMA FELDA TRAVEL SDN BHD

Felda Travel memberi tumpuan sepenuhnya kepada semua produk perkhidmatan yang diberikan terutamanya perkhidmatan untuk pasaran Islam yang mempunyai potensi yang tinggi di Malaysia. Selama bertahun-tahun Felda Travel telah menganjurkan lawatan, acara dan lawatan teknikal untuk badan korporat dan kerajaan ke destinasi termasuk Indonesia, China, Korea, Eropah, Thailand, Myanmar, Hong Kong dan Timur Tengah. Tidak kurang juga khidmat untuk individu-individu yang berminat dan memberi kepercayaan penuh kepada kami untuk membantu dalam urusan pelancongan, Umrah dan Haji.

Ikuti kami di laman sosial bagi mendapatkan maklumat terkini serta promosi yang berjalan.

[templatera id=506]
Back To Top