NOTIS PERLINDUNGAN DATA PERIBADI
FELDA TRAVEL SDN BHD
PENGENALAN
Felda Travel Sdn Bhd komited untuk melindungi Data Peribadi anda menurut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709). Notis ini menjelaskan bagaimana Felda Travel Sdn Bhd memproses data peribadi anda bermula daripada pengumpulan, penggunaan, perkongsian dan pemusnahan serta langkah keselamatan yang kami ambil untuk memastikan data peribadi anda dilindungi sebaiknya.
PENGUMPULAN
Kami mengumpul data peribadi merujuk kepada apa-apa maklumat yang membezakan atau mengenal pasti anda, termasuk tetapi tidak terhad kepada nama, alamat, jantina, nombor kad pengenalan, nombor pasport, nombor telefon, alamat email, alamat IP, nombor pendaftaran kenderaan, maklumat pekerjaan dan kewangan, data peribadi anggota keluarga, waris, keadaan kesihatan fizikal, kepercayaan agama dan penyuaraan pendapat.
SUMBER PENGUMPULAN
Kami mendapatkan data peribadi anda daripada:
Borang pendaftaran baru di semua aplikasi online
Borang permohonan / pembayaran perkhidmatan Felda Travel Sdn Bhd
TUJUAN PENGUMPULAN
Kami mengumpul data peribadi anda untuk:
Memproses permohonan perkhidmatan kami
Menghantar produk/perkhidmatan kami kepada lokasi pilihan anda
Menyelesaikan aduan / masalah yang berkaitan (jika berlaku)
Menghantar pemakluman perkhidmatan kami
Berkongsi maklumat dengan Agensi Kerajaan yang lain
Aktiviti audit, penilaian risiko, tinjauan, penyelidikan berhubung polisi yang dikeluarkan oleh Felda Travel Sdn Bhd dan pelepasan kewajipan kawal selia/perundangan
BAGAIMANA DIPROSES
Kami memproses data peribadi anda hanya di dalam Malaysia sahaja. Tiada data peribadi yang dipindahkan ke luar Malaysia tanpa persetujuan anda.
PENZAHIRAN
Kami akan menzahirkan data peribadi anda kepada:
Pihak ketiga yang dilantik oleh Felda Travel Sdn Bhd bagi melaksanakan kerja bagi pihak Felda Travel Sdn Bhd
Pihak berkuasa untuk tujuan perundangan
LANGKAH KESELAMATAN
Kami mengambil langkah-langkah berikut untuk melindungi data peribadi anda:
Memastikan data peribadi anda disimpan dengan sebaiknya mengikut kehendak Akta 709
Memastikan kakitangan kami tidak menyalahgunakan data peribadi anda
Mempunyai kontrak perlindungan data peribadi dengan pihak ketiga yang dilantik oleh Felda Travel Sdn Bhd
Walau bagaimanapun, anda bertanggungjawab untuk menjaga kata laluan dengan baik dan tidak menzahirkannya kepada pihak lain bagi mengelakkan risiko pencerobohan terhadap data peribadi anda.
TEMPOH PENYIMPANAN
Semua Data Peribadi yang diperolehi dari anda akan disimpan selagi mana diperlukan oleh Felda Travel Sdn Bhd. Felda Travel Sdn Bhd akan mengambil tindakan munasabah untuk memastikan Data Peribadi anda akan dimusnahkan atau dihapuskan secara kekal, jika ia tidak lagi diperlukan.
HAK ANDA
Anda berhak untuk:
Membetulkan / mengemaskini data peribadi anda
Mengakses data peribadi anda yang kami simpan
Anda mempunyai pilihan untuk menyediakan Data Peribadi anda kepada Felda Travel Sdn Bhd, namun keengganan anda mungkin menghalang Felda Travel Sdn Bhd daripada menyediakan perkhidmatan yang anda perlukan.
HUBUNGI KAMI
Anda boleh hubungi kami berkaitan data peribadi anda melalui:
Felda Travel Sdn Bhd
Level 7E Wisma FGV,
Jalan Raja Laut
50350 Kuala Lumpur
No Tel : 03-2789 1133
Email: salam@feldatravel.com.my
Setelah menerima permintaan bertulis anda, Felda Travel Sdn Bhd mungkin memerlukan pengesahan identiti anda sebelum meneruskan untuk mengambil langkah-langkah yang diperlukan bagi memenuhi permintaan anda.
