Kunjungan Pengarah Urusan Kumpulan FGV ke Reruai Felda Travel di MATTA Fair 2026
News
Sebagai sebahagian daripada usaha berterusan FGV dalam menyokong pertumbuhan dan perkembangan perniagaannya, Pengarah Urusan Kumpulan FGV Holdings Berhad, YBrs. Puan Nurul Muhaniza

Kunjungan Pengarah Urusan Kumpulan FGV ke Reruai Felda Travel di MATTA Fair 2026
Sebagai sebahagian daripada usaha berterusan FGV dalam menyokong pertumbuhan dan perkembangan perniagaannya, Pengarah Urusan Kumpulan FGV Holdings Berhad, YBrs. Puan Nurul Muhaniza Hanafi, telah mengadakan kunjungan ke reruai Felda Travel di MATTA Fair 2026 baru-baru ini.
Kunjungan tersebut turut disertai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Felda Travel, Encik Shamsuri Jasri Abdul Rahman, serta beberapa ahli Pengurusan Kanan FGV. Kehadiran ini mencerminkan sokongan berterusan FGV terhadap perkembangan perniagaan pelancongan, di samping memperkukuh kehadiran dan kedudukan perniagaan Kumpulan dalam sektor masing-masing.

Sepanjang kunjungan, YBrs. Puan Nurul Muhaniza berkesempatan berinteraksi bersama pasukan Felda Travel serta meninjau pelbagai pakej pelancongan, destinasi dan aktiviti yang diketengahkan sepanjang MATTA Fair 2026. Sesi ini turut memberi peluang kepada pihak pengurusan untuk mendapatkan gambaran lebih dekat mengenai penawaran Felda Travel serta usaha yang dilaksanakan dalam memperluaskan kehadirannya dalam industri pelancongan.

Penyertaan Felda Travel dalam MATTA Fair 2026 terus memperkukuh keterlihatan jenama dalam pasaran pelancongan, selain menyediakan platform strategik untuk memperluaskan jaringan, mendekati bakal pelanggan serta memperkenalkan pelbagai pengalaman pelancongan yang ditawarkan.
Seiring dengan aspirasi Felda Travel untuk terus berkembang, FGV komited dalam memberikan sokongan bagi memperluaskan capaian ke lebih banyak destinasi, meneroka peluang baharu serta mewujudkan pengalaman perjalanan yang bermakna dan tidak dapat dilupakan buat para pelanggan.






Related News
Pakej Haji Felda Travel 1448H/2027M – Harga, Bimbingan dan Persediaan Haji
Sebagai sebahagian daripada usaha berterusan FGV dalam menyokong pertumbuhan dan perkembangan perniagaannya, Pengarah Urusan Kumpulan FGV Holdings Berhad, YBrs. Puan Nurul Muhaniza
Felda Travel Terima Lesen Pengelola Jemaah Haji (PJH) 1448H/2027M
Alhamdulillah, Felda Travel dengan rasminya sekali lagi dilesenkan oleh Tabung Haji sebagai Pengelola Jemaah Haji bagi musim 1448H/2027M dalam Majlis Serahan Lesen PJH di Movenpick