Felda Travel Terima Lesen Pengelola Jemaah Haji (PJH) 1448H/2027M
News
Alhamdulillah, Felda Travel dengan rasminya sekali lagi dilesenkan oleh Tabung Haji sebagai Pengelola Jemaah Haji bagi musim 1448H/2027M dalam Majlis Serahan Lesen PJH di Movenpick

Felda Travel Terima Lesen Pengelola Jemaah Haji (PJH) 1448H/2027M
Alhamdulillah, Felda Travel dengan rasminya sekali lagi dilesenkan oleh Tabung Haji sebagai Pengelola Jemaah Haji bagi musim 1448H/2027M dalam Majlis Serahan Lesen PJH di Movenpick Hotel & Convention Center KLIA pada 01 September 2026.
Ketua Pegawai Eksekutif Felda Travel, Encik Shamsuri Jasri Abdul Rahman mewakili syarikat dalam Majlis Serahan Lesen PJH yang telah disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Dr. Zulkifli Hasan.

Ini adalah tahun ke-19 Felda Travel diberikan kepercayaan dalam mengendali dan menyantuni Dhuyufurrahman bagi menunaikan rukun Islam ke-5.
Setinggi-tinggi penghargaan buat para jemaah dan alumni haji Felda Travel yang telah memberikan sokongan berterusan buat kami. Seluruh warga kerja di Felda Travel komited untuk memberikan perkhidmatan dan pengalaman terbaik buat bakal haji.
Pendaftaran Pakej Haji Felda Travel 2027 akan dibuka tidak lama lagi dan boleh diakses melalui laman sesawang www.feldatravel.com.my.


Related News
Pakej Haji Felda Travel 1448H/2027M – Harga, Bimbingan dan Persediaan Haji
Sebagai sebahagian daripada usaha berterusan FGV dalam menyokong pertumbuhan dan perkembangan perniagaannya, Pengarah Urusan Kumpulan FGV Holdings Berhad, YBrs. Puan Nurul Muhaniza
Kunjungan Pengarah Urusan Kumpulan FGV ke Reruai Felda Travel di MATTA Fair 2026
Sebagai sebahagian daripada usaha berterusan FGV dalam menyokong pertumbuhan dan perkembangan perniagaannya, Pengarah Urusan Kumpulan FGV Holdings Berhad, YBrs. Puan Nurul Muhaniza